1. "Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama kamu harus sabar dengan apa yang kamu benci." -Imam Al Ghazali
2. "Jika kamu mampu bersabar sebentar pada saat dirimu marah, maka hal itu dapat menghindarkanmu dari ribuan penyesalan di masa yang akan datang." -Ali bin Abu thalib 3. "Kesabaran itu ada dua keadaa : sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini." -Ali Bin Abi Thalib 4. "Memang sangat sulit untuk bersabar, tetapi mensia-siakan pahala dari kesabaran itulah yang lebih buruk." -Abu Bakar As Siddiq 5. "Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar." -Umar bin Khattab 6. "Musibah bagaikan air keruh, semakin kau aduk semakin keruh. Bersabarlah, karena sebentar lagi dia akan menjadi jernih. 7. "Anda rasa saya anda masa untuk sakit kepala? Terima kasih kerana bersabar dengan saya
0 Comments
1.Islam itu indah dalam semua perkara.
2. Kita yg bawa Islam ni kena tunjukkan keindahan tu. 3. Perbuatan kita kena yg indah2, percakapan kita pon kena yg indah2, doa kita yg indah2, hubungan antara kita kena jalinkan indah2. 4. Orang tengok kita rasa tenang, kita tengok orang rasa tenang. Indah perasaan tu. 5. Sebab apa tenang dan indah? Sebab Awak, Saya dan Dia bersaudara. 6. Nanti bila Allah tanya, kamu jaga tak hubungan kamu dengan dia? Itu kan saudara kamu. Apa jawapannya nanti? Saya sayang anda semua. Dan terima kasih sebab anda juga sayang saya. Dah solat isyak? Malam ni nak qiam? 1. Esok inshaallah kita akan ada sedikit tazkirah berkaitan hibah.
2. Elok jugak kalau kita tau serba sedikit sebelum tazkirah esok. 3. Saya harap esok semua dapat hadir. Majlis ilmu tu. 4. Hibah ringkasnya adalah hadiah. Bertujuan untuk memuliakan seseorang. Biasanya kerabat2 kita la. Hibah biasanya adalah pemberian harta yg ain. Tanpa mengharap balasan. Dan hibah ni adalah semasa hidup. 5. Sedekah pulak adalah pemberian dgn niat utk dapat pahala. Biasanya penerima sedekah ni kita kenal dan ada yg kita xkenal langsung. Sedekah ni xsemestinya kita ada harta banyak. 6. Mangkalakata wasiat pulak adalah pesanan pemberian selepas kita mati nanti. Wasiat memang la kita buat masa kita hidup. Tapi sah dia bila kita mati. Pon berkait harta jugak la. 7. Jadi, mana agak2 yg kita mampu? Sedekah la kot buat masa ni. 8. Senang je. Sedekahkan al fatihah untuk ibu bapa kita, guru2 kita samada masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. 9. Juga sedekahkan jugak al fatihah dan doa2 yg baik untuk kawan2 kita. Kawan sekolah dulu, kawan sekerja, kawan sama tempat belajar dll. Sebab ada beberapa perkara, kita banyak habiskan masa hidup kita dengan berkawan. Sedekah itu terbaik. 10. Saja nak tanya ni. Hari ni dah berapa kali istighfar? Selawat ke atas nabi banyak mana dah? Al Quran ada baca tak? Jom sama2. Ingatan untuk saya jugak. Juga untuk isteri dan anak2. 11. Terima kasih. Anda semua ada dalam doa saya. Dan terima kasih jugak sebab dalam doa anda anda saya. 1. Dalam banyak kitab disebut, bahagia tu dalam hati. Kadang terpancar kat wajah. Kadang tak. Tapi biasanya nampak la muka senyum2 kan.
2. Nak ukur kebahgiaan tu susah sikit. Lain orang, lain rasa bahagia. Subjektif. 3. Bagi orang miskin, dapat makan sedap sebulan sekali dah rasa bahagia. 4. Bagi yg tak mampu, ambik selipar main buat2 selfie macam fon pon dah bahagia. 5. Tapi yang selalu ulamak sebut, bahagia tu ketenangan. Apabila kita rasa tenang bila buat sesuatu tu, maksudnya kita bahagia. 6. Kalau kita buat sesuatu, lepastu kita rasa tak tenang. Rasa risau, takut.. Tu tanda kita tak bahagia. Kata ulamak la. 7. Bahagia tu kita kena cari. Sebab tu anugerah Allah. Bahagia tu rezeki. Mencari bahagia tu adalah fardhu. 8. Untuk itu, kita perlu cari perkara yg menenangkan. Ulamak ajar lagi kita. Macam mana nak dapat ketenangan? Pesan nabi, kita kena selalu bersyukur. 9. Bersyukur, tenang dan bahagia tu, falsafah dia lebih kurang macam ni: "Bila susah tiada gelisah Bila miskin syukur pada Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa Bila kaya jadi insan pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tidak alpa Bila sihat tidak lupakan Tuhan" Macam lirik lagu. 🤔😅 -saya bersyukur dgn apa yg saya ada. Antaranya adalah, bersyukur sebab dapat anda sebagai rakan2 saya. Sengaja atau tak, kita sama2 belajar banyak perkara. Daripada Al Qasim bin Ghannam, ia berkata; "Nabi SAW pernah ditanya, "Amalan apakah yang paling utama?" baginda menjawab: "Solat pada awal waktu."(HR. Tirmidzi No: 155}. Status: Hadis Sahih
1. Hadis ni terkenal. Sebab sahih. Kata nabi, amalan paling bes sekali adalah solat awal waktu. Ada pulak hadis lain menjelaskan tentang bahaya solat akhir waktu atau melambatkan solat. 2. Jurang antara dua neraka itulah yg akan jadi tempat kepada mereka yg melengahkan solat. 3. Ini berkaitan masa. Nabi nak ajar kita tentang pentingnya mengurus masa dengan betul. Cepat buat, cepat solat, setel cepat2, kita dah boleh buat keja lain. 4. Solat awal waktu tu pulak boleh menggalakkan khusyuk dalam solat dan tidak tergesa2. 5. Ada antara sahabat nabi yg buat banyak kerja dalam satu masa dengan berjaya. Apabila ditanya rahsianya, jawabnya solat awal waktu. 6. Cuba kita amalkan. Inshaallah keja kita yg lain2 akan jadi senang dan tenang. 7. Hadis ini juga mengajar kita supaya jangan bertangguh dalam mengerjakan sesuatu yang baik. 8. Contohnya, rasa nak buat baik, cepat2 buat. Nak sedekah, jangan tangguh2. Sedekah apa yg mampu. Jangan tunggu kaya dulu baru nak sedekah. 9. Begitu jugak dengan taubat. Rasa berdosa, cepat2 taubat. Demikian jugak bila ada buat salah dengan orang lain. Cepat2 hulurkan kemaafan. Kalau orang lain yg mintak maaf pada kita, maafkn lah. -Dr. NN-
1. Hari ni bermula tahun baru hijrah. Mari sama2 kita hayati semula sejarah perjuangan nabi kita dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas baginda kerana mengajarkan kita risalah Islam. 2. Apa yg istimewanya baginda adalah "nur" yg ada pada baginda. Kesekian waktunya, walaupun nabi sudah tidak lagi ada bersama kita, "nur" Muhammad sentiasa ada. 3. Hebatnya baginda. Kita merindui baginda. Walaupun tak pernah bertemu, bertentang mata, tapi rasa rindu pada baginda jauh terasa dalam sudut hati. 4. Cuba kita pejam mata. Fikir adakah kita ni layak jadi umat baginda nabi? Sambil mulut berselawat padanya. 5. Bayangkan waktu ni baginda ada sebelah kita. Agak2 apa baginda akan kata pada kita? Agak2 kita akan rasa malu tak dgn keadaan kita sekarang kalau nabi nampak apa yg kita buat? 6. Kalau nabi ada dengan kita sekarang, agak2 kita akan buat tak apa yg baginda larang? 7. Kalau la nabi tinggal sebelah rumah kita, agak2 perangai kita macam mana? 8. Kalaulah nabi tengah tengok apa yg kita buat sekarang, agak2 baginda nak mengaku tak kita umat baginda? 9. Ada yang cakap, nasib baik nabi dah tak ada sekarang. Kalau tak mesti kita tak boleh buat macam2. Tapi bagi saya, alangkah bahagianya kalau nabi masih ada. Dapat jugak baginda pantau apa yg saya buat. 10. Kalau nabi masih ada, mesti kita malu dengan baginda. Manakan tidak, kita langsung tak ikut apa yg baginda pesan. 11. Kalau nabi masih ada sekarang, baginda pasti malu melihat kita. Kita bercakaran sesama sendiri. Kita pentingkan dunia lebih dari akhirat. Kita tak tegakkan hukum Islam. Kita saling menjatuhkan sesama kita. Kita tak jaga hubungan sesama kita. Putuskan silaturahmi, fitnah, adu domba, mengumpat. 12. Kalau ada yang tak kena, betulkanlah dengan cara yg baik. Hargai setiap saat persaudaraan kita. Kalau ada yg bermusuhan, bermaafan lah. Kalau ada yg buruk 🌴POKOK SABAR ITU MANIS BUAHNYA🍉
Dr. NN "Memang sangat sukar untuk bersabar, tetapi mensia-siakan pahala dari kesabaran itulah yang lebih buruk." -Abu Bakar As Siddiq "Kesabaran itu ada dua keadaan: sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini." -Ali Bin Abi Thalib Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." -QS al-Baqarah: 153 1. Cuti kali ni sempat jumpa dengan kawan2 lama. Sempat jugak menyantuni beberapa org ulamak. 2. Kat atas tu pesan yg amat berguna berkaitan kesabaran. Orang selalu cakap "sabar aku ada hadnya", "kalau aku sabar, nanti orang pijak kepala aku", "berapa lama aku nak besabar macam ni?". 3. Ada hadnya? Allah ada cakap macam tu? Macam mana orang boleh pijak kepala kita kalau kita bersabar? Kan Allah dah bagitau.. Allah bersama orang yg bersabar. Allah ada dengan kita, ada yg berani pijak kepala kita? Berapa lama aku nak bersabar? Nabi bersabar sampai baginda wafat. Ada pulak yg cakap. Itu nabi boleh la sabar. Kita manusia biasa. Memang kita manusia biasa. Tapi kena la ikut cara nabi. Kalau tak ikut cara nabi, nak ikut cara siapa? 4. Musuh kita bukan orang yg kita marah. Tetapi perasaan marah itulah musuh sebenar kita. Kalahkan dia. Jgn kita pulak dikalahkan. 5. Tahan marah sesaat mungkin akan dapat mengelakkan kita menyesal puluhan tahun. 6. Diam atau marah? Diam lebih baik. 7. Tiga keadaan Rasulullah s.a.w marah: ○Harta dirampas ○Ketika keluarga dihina ○Kerana agama dihina Selain itu, marah akan menjadikan kita hina. 8. Marah jgn dipadam tetapi marah perlu dilemahkan. 9. Bersabar tidak akan menjadikan kita hina. Bersabar tidak akan menjatuhkan martabat atau maruah kita. Bersabar tidak akan melunturkan kehebatan kita. 10. Menjadi orang yg bersabar itu menjauhkan kita dari kehinaan. Bersabar itu mendekatkan kita dengan Allah. Bersabar itu meninggikan martabat kita. Bersabar itu menjadikan kita hebat. 11. Inilah beberapa pesan yg diberikan oleh ulamak2 yg saya sempat santuni. 12. "Jika engkau duduk bersama orang yg tidak berilmu, maka diamlah. Jika engkau duduk bersama ulama, maka diamlah. Sesungguhnya diammu di hadapan orang yg tidak berilmu, akan menambah kebijaksanaanmu, dan diammu di hadapan ulama akan menambah ilmumu," kata Sayidina Hasan al Basri. Salam Maal Hijrah. Sabaq no.. Pesan juga pada diri saya sendiri. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |